• ASSALAMUALAIKUM

Saturday, October 3, 2009

Baru Nak UP PART 2

Anak2 muda zaman kini sangat mudah dipengaruhi persekitaran mereka. Terutamanya remaja2 yg tidak pernah atau jarang terdedah kpd dunia luar, tiba2 hidup dalam suasana yg berbeza daripada kehidupan biasa mereka. Situasi ini dpt dilihat dgn jelas dlm kehidupan remaja2 di universiti. Tanpa pengawasan ibu bapa, remaja memperolehi peluang utk mencuba sesuatu yg baru yg tdk pernah sempat dilakukan sebelum ini.


Dahulunya tidak dpt keluar malam, sekarang hari2 boleh bermalam di mana2 sahaja sama ada kedai mamak, di dalam kereta, tepi jalan, hotel, snooker dan berbagai lagi. Di sekolah dahulu tidak berpeluang utk menjadi popular atau UP, universiti merupakan benchmark utk menaikkan nama mereka. Hal ini boleh disebut sebagai Kejutan Budaya(Culture Shock). Kejutan Budaya ini adalah satu kemestian jika anak2 muda ingin meng-UP-kan diri mereka. Ada betol?



Culture Shock terbahagi kepada beberapa peringkat...
Peringkat 1 :
Mula isap rokok bila kawan2 isap juga. Lelaki yg dulu pakai baju mcm pakcik2, lengan baju sampai ke siku, baju labuh hingga ke lutut, berkasut kawad...tiba2 pkai baju bercorak2 rainbow la, seluar skinny warna warni, tali pinggang spike, kasut aladdin, rambut warna pink meracah2. Perempuan pula daripada bertudung labuh, sudah memakai baju ketat2 sampai nmpk perot boroi dan lubang pusat, mula nk free hair, wat rawatan rebonding atau maggi, pakai kasut tumit tinggi smpai cramp2 kaki, mekap tebal sampai 6 7 inci. Tapi peringkat 1 ini mmg perkara biasa lah. Xpelik pon kalau kita tengok mende2 camni. So, xde hal la kan?


Peringkat 2 :
Peringkat 2 ni agak menimbulkan masalah sedikit. Mcm yg telah dinyatakan tadi, perempuan or lelaki yg tak pernah keluar malam sekarang sudah berani keluar malam. Kalau keluar sesama jantina xpe, tetapi keluar malam sekali dgn bukan muhrim. Pastu balik kul 6 pagi, keluar kul 9 mlm. Ditambah pula lelaki dgn perempuan menggedik2 sesama mereka mcm xde batasan dah. Tak ke mereka akan dipandang serong kerana mereka sebelum ini dilihat sebagai lelaki or perempuan yg baik dan menjaga diri masing, tetapi tiba2 menjadi sosial sebegini? Perkara2 mcm ni boleh mendorong kpd peringkat 3..


Peringkat 3 :
Tahap ni mmg dah kronik dan menyumbang kpd gejala sosial. Dulu2 x pernah terpikir nk jejak kaki ke club, sekarang da gatal kaki nak pg clubbin. Tujuannya, nk tunjuk diri kita ni dah hot dan boleh bergaul x kira dgn apa jenis orang sekali pun. Then, mula menggatal nak cuba ambil dadah dan arak. Kira boleh hilang stress la kalau ambil mende2 mcm ni?? Hilang kejap je, lepas tu stress balik. So, buat apa nk amek? Selepas tu, akibat daripada pergaulan bebas, mulalah nk buat seks bebas pula. Kalau da mabuk or high ke, mmg senang la mende mcm ni nk jd. Kadang2 bukan kita yg nak, tp kalo dah air minuman kita diletak dadah, nk lari mane bila da kong? Lagi2 perempuan, jd berjaga2lah.



Kesimpulannya, mende2 ni sume mmg da biasa kita tengok. Yg mmg dah lame UP tu xde apa sangat la. Kita pun xley nk wat pape sbb dari awal kehidupan diorg cmtu. Lain la kalau dulu orgnya baek, xyah la nk UP dengan begitu mendadak dalam masa yg singkat. Setakat peringkat 1 tu boleh blah lg laa sbb mmg perkara biasa. Tp kalo sampai peringkat ke-3 tu, mmg dah lain la jadinya. Confirm2 org ramai akan pandang serong punya. Pastu kalau orang duk mengutok, kita salahkan diorg. Dah sbb kita org baek, tp tiba2 jadi terok. Mende2 cmni mmg akan berlaku laa.


Disebabkan pengaruh rakan2 yg mmg sosial, ataupun diri kita sendiri yg ingin kebebasan, nk jadi popular, inginkan perhatian, kita sanggup berubah dgn mendadak hingga lupa siapa diri kita sebenarnya. So, kepada budak2 yg baru nk UP tu, up sikit2 sudah. Jadilah diri korg yg sbnrnya, xyah nk berubah terus mengikut persekitaran sbb people love u just the way u are. Pandai2 la memilih kawan dan kawal diri dari mende2 x elok seperti yg dinyatakan dlm peringkat 2 dan 3. Renung2 kan lah ye..



Ditulis dengan serius,
Blogger Nak Jugak...

0 ape lunch??:

Post a Comment