• ASSALAMUALAIKUM

Friday, November 6, 2009

Pekan Tiada Sungai

Penulisan untuk entri ini sedikit formal kerana kononnya anda sedang membaca sebuah jurnal diskaveri.

Entri kali ini aku hendak menceritakan sedikit sebanyak mengenai pekan yang eksotik yang mungkin hanya sebilangan orang di Malaysia ini tak sangka tempat ini wujud di peta Malaysia. Rata-rata kenalan yang aku temui berasa agak baru dengan tempat yang bernama Sungai Besar ini. Ada antara yang aku temui,orang Selangor tu

(Soalan : S ,  Jawapan : J)
S : Sungai besar katner ha?
J : Kat Sabak Bernam doowhh
S : Sabak Bernam katner ha?
J : Kawasan paling utara kat Selangor doowhh
S : Oh.. Bandar baru di buka ya?
J :Hah,ko memang bo doowhh
Tapi aku tidak menyalahkan mereka kerana memang kebanyakkan orang Selangor beranggapan hujung Selangor ialah Kuala Selangor atau paling kurang di Sekichan.Atas daripada itu mereka anggap sudah kawasan Perak.Kesian.Jadi mari kita meninjau kawasan hujung utara Selangor ini.Jom.

Panggung Wayang Lama
Pangung wayang lama ini merupakan antara tempat tumpuan penduduk di Sungai Besar suatu ketika dulu untuk menonton filem. Jika di lihat struktur bangunan ianya agak klasik. Bangunan tersebut kemudiannya di tukarkan kepada tempat bermain snooker dan kini di biarkan kosong.Aku dengar dulu mereka menonton filem terlarang kat dalam panggung lama ini dengan bayaran RM2,maklumlah dulu tiada handphone mahupun komputer untuk mendapatkan sumber melepaskan nafsu.


 
 
 

Pekan Sungai Besar 
Bangunan di pekan ini terdiri banyak dari bangunan lama. Ada antaranya masih di bina daripada kayu dan utuh binaannya sejak aku melihatnya ketika darjah 2 dahulu!. Namun, pekan ini tetap berevolusi juga dengan binaan bangunan baru.

 
 
 
 
 

Pelabuhan Nelayan 
Di belakang kawasan pekan ini terdapat pelabuhan nelayan yang sibuk dan penuh dengan tongkang menangkap ikan.Majoriti penduduk disini kaum Cina.


 

Sawah Padi
Disinilah kawasan majoriti petani melayu. Kebanyakkan orang melayu yang tinggal di kawasan ini berketurunan Banjar Masin (Banjar Pekat) dan Jawa Totok (Jawa Pekat).Kalau mereka berborak sepatah haram pun aku tak faham,yang aku tahu mereka berborak pasal nombor tak kena.Kawasan bendang ini hanya terkenal ketika hari raya menjelma,masa itulah artis2 datang dengan krew production untuk membuat rakaman drama balik kampung sempena raya.Kalau bukan hari raya jangan harap turun bendang.


 
 
Sekiranya anda inginkan percutian yang hebat,marilah datang ke Sungai Besar dan berkelah kat tepi jalan bersama keluarga tersayang.Sampai sini sahaja sebab aku kena turun ke bendang petang ini,nak pancing belut kalau dapat boleh buat sup daging.


Sekian.







3 ape lunch??:

chentaS said...

wahhh!! lawonye gambor2 kamooo! nk churik ley??

bG said...

stended2 sg buloh je sg besar ni.. haha..

Admin kutukbalik said...

-eh,nak ambik sila2,bwat frame terus letak bwh bantal..

-jimbet sg buluh lagi hancing...xde stendet...haha

Post a Comment