• ASSALAMUALAIKUM

Monday, August 22, 2011

Pilihan

Assalamualaikum..

Bertemu kembali kite di dalam blog ni.Owh lame btul blog ni tak diupdate.Entah ade lagi ke tidak yg bace blog ni.Tak kisah la ye kan.Sebelum terlewat aku nak ucapkan selamat berpuase la kepada umat islam seluruh dunia.Moga2 bulan Ramadhan al-Mubarak ni memberi satu hikmah kepada korang ye.Ok cukup la 2 mukadimah arini.

Setiap manusia mempunyai pilihan masing-masing dan setiap pilihan ini berada ditangan mereka sendiri.Jadi ko tak payah la nak salahkan takdir bila kau dicemuh dan dihina disebabkan kejahatan kau.Ya mmg semua manusia dalam dunia ini tidak mahu menjadi jahat dan kau juge kene ingat tak ada seorang manusia pun dalam dunia ni dilahirkan menjadi manusia yang jahat jadi ko tak bolehlah nak salahkan takdir bila kau jadi pencuri,penagih,pelacur dan segala-gala pe la yang jahat kan.Sebab pilihan tue sentiase ade pada kita.Kenape kite mahu pilih jalan yang gelap sedangkan banyak jalan yang terang.Sudah menjadi lumrah manusia sentiase mencari pilihan yang salah sedangkan pilihan yang baik sentiase berada di depan kita.Apabila seseorang itu membuat satu pilihan die juge kene sedar bahawa selepas membuat pilihan ini die tidak ada satu peluang pun untuk berpatah balik oleh itu kite kenelah berfikir sedalam-dalamnya untuk membuat sesuatu pilihan.Setiap sesuatu yang kau buat walaupun ia  hanya sebesar zarah sekalipun ia akan memberi kesan kepada kau dikemudian hari kelak.Pilihan sentiase ditangan kita dan kita juga berhak memilih sama ada jalan yang baik atau sebaliknya.Janganlah kau menuding jari dan menyalahkan orang lain disebabkan kesalahan kau yang salah membuat pilihan.Sedarlah dan tak guna kau menyesal jika kau tersalah membuat pilihan sekarang kerana masa ade lagi untuk kita memperbaiki kearah yang lebih baik.Tak guna kau bermurung untuk masa yang lalu sebab kita tidak tahu mungkin masa hadapan adalah cahaya untuk kau.Dan sentiase la ingat bahawa perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu kita dan perkara yang paling dekat dengan kita adalah masa mati kita.Peringatan ini untuk semua manusia yang sentiase leka membuat pilihan masing-masing.Sekian


Pilihan sentiase berada ditangan kita



p s Bukan niat aku nak berdakwah tapi hanye nak ingtkan aku yg selalu salah membuat pilihan.

0 ape lunch??:

Post a Comment